Thursday, April 16, 2009

Perubahan dalam Media IKIP

Salam .
Terima Kasih kepada anda kerana sudi membaca blog rasmi pelajar kewartawanan IKIP International College.
Mulai post kali ini. Blog ini akan menyiarkan isu semasa sama ada yang berlaku dalam negara,luar negara mahupun dalaman IKIP International College sendiri.

Buat masa ini kami memohon maaf kerana akan memberi perhatian kepada progress Majalah Rasmi IKIP International College terbitan kami(budakdel).

Majalah ini merupakan majalah pertama dan akan dikeluarkan 6 bulan sekali dan antara kelainan yang kami akan buat pada majalah kali ini ialah :

1.Mempunyai 42 Muka surat tidak termasuk muka surat hadapan.
2.TIDAK SAMA dengan majalah kolej lain atau majalah sekolah
3.akan diterbitkan tidak kurang 6000naskhah percuma
4.akan diedarkan di seluruh Pahang,IPT tempatan dan dalaman IKIP.
5.ruang iklan seperti majalah komersial yang lain.

Layari blog rasmi kami di
atau emel ke majalahakses@yahoo.com

Sebarang pertanyaan mengenai majalah ini boleh berhubung terus kepada editor,AM
0139577890.Terima Kasih

Pelancaran Majalah Rasmi

Majalah Rasmi IKIP International College.
AKSES.Suara Kontemporari Siswa.
Akan diterbitkan pada May2009.
Sidang Redaksi adalah seperti berikut :

Penasihat Puan Norzimah Kasran
Editor Abdul Muhaimin Mohd Muhayeddin
Asst Editor Iryana Juaini Idris
PhotoJournalist ;
WT Amrullah Wan Sulaiman
Nurul Izzah Yaacob
farah Aqilah Razali
Nurul Shafiza kamaruddin
Munira Bohari

Kami juga menyediakan ruang iklan untuk sebarang tempahan hubungi kami secepat mungkin. Terima Kasih

Blog Rasmi Majalah Akses.
http://majalahakses.blogspot.com

Emel Rasmi Majalah Akses.
majalahakses@yahoo.com

Thursday, March 26, 2009

pilihanraya mtp

kita patut menyokong wakil rakyat kita dalam merebut kerusi parlimen ikip yang akan dijadualkan 1 april ini sebagai hari pembuangan undi.

jom kita sokong budak DEL

jom pakat g kelate bersamo rtm

jom pakat g kelate bersamo rtm selama 3 hari akan diadakan dengan kerjasama ktmb dan klfm. Sehingga kini permohonan untuk menghantar wakil 30 orang budak del ikip masih didalam proses. kita kini bersaing dengan limkokwing, segi, uitm, usm, unimas untuk mendapatkan hak untuk mengikuti program tersebut.

kita tunggu k

Monday, March 23, 2009

Apa itu MEDIA

ASSALAMUALAIKUM dan salam muhibbah buat Abdul Muhaimin Bin MUH.......(kalau tulis nanti akan membangkitkan kontroversi)..Biarlah saya membahasakan diri saya AKU agar lebih panas dan hangat. Sekian lama AKU tidak mengikuti blog budakdel ni. AKU terbaca ruangan kami insan biasa (KIB). Kutuk AKU ke? Biarlah apa yang anak ustaz mahyuddin nak kata pada aku, aku terima dengan 'pro'. Nama aku, WT MUHD AMRULLAH WAN SULAIMAN, sah-sah nama ayahanda aku adalah WAN SULAIMAN. Pengarang untuk artikel KIB mengatakan ayahanda aku ustaz mahyuddin? pelik kan, cuba anda tengok nama pengarang tu yang kononnya 'terrer' sangat dalam bidang penulisan nama ayah dia apa? Sama kan nama dengan ustaz mahyuddin? cuma ejaan je yang salah. Ustaz pakai 'spek' dia pun 'kai' spek, sama kan?

Apa yang korang cakap dan aku menulis? Ada ke WT MUHD AMRULLAH WAN SULAIMAN mewakilkan untuk Pengarang Gila Glam (PG2) menulis artikel seperti itu? Kalo orang lain, tak tahula tapi aku tak.

Mengenai istilah kebebasan media? PG2 tahu ke definisi tersebut? memang MEDIA mempunyai kuasa untuk menulis, baik mahupun buruk sesuatu perkara. Tapi berpada-pada. Ada hadnya. Aku tak nafikan ramai penulis blog yang menulis artikel( yang kurang ajar macam kau). Tapi inikah tujuan utama blog budak del 'ditubuhkan'? Aku rasa tidak. Kita (media ikip) mempunyai visi dan misi yang utuh. yang pro. kita bukan untuk menghukum seseorang. memang setiap insan mempunyai kelebihan dan keburukannya tapi PG2 kena tahu, ALLAH S.W.T. tidak menyuruh kita memburuk-burukkan seseorang, camne kalo aku kata ko gay, ko cium laki dengan ghairah, ko liwat. Aib tak SAYANNNNNG? Aib kan? Apa itu orang panggil, fitnah kan? fitnah ada satu je, kita menuduh seseorang tanpa bunti, tapi kalo ada bukti? Seeloknya kita elakkan bercakap pasal orang. benda dah lepas PG2. biarkan.

Jangan blog ini, untuk kita memburukkan orang lain, aku tahula, lepas ko baca artikel aku ni, artikel ke? boleh la, ko mesti burukkan aku. aku dah banyak bersabar dengan ko, jangan sampai tangan aku naik kat muka. Budak media ikip punyai wawasan. jangan kerana nila setitik, rosak nama budak del. kalo blog orang lain, tulis teruk, ko pun nak ikut ke? tak payah, kita dengan matlamat kita, kalo kita ikut orang je, sampai bia kita nak maju, ko kan PG2, takkan tak tahu.. aku tulis sekarang bertemankn emosi tahu. aku tak puas hati sebab ko gunakan blog untuk jatuhkan aku. ko ingat tao, kalo ko kutuk aku lagi dalam blog ni, nahas ko.. tak puas hati ckp depan r bro..bro ke? Satu lagi aku nak ko ingat, ko cari dulu apa itu kebebasan media sebelum berkata-kata




mohon maaf dari BURUAN TINTA...

'MEDIA YANG SEJATI, ADALAH YANG BERANI'



ASSALAMUALAIKUM

Friday, March 13, 2009

Staf JUARA!

kontinjen staf dari Kolej Antarabangsa IKIP sekali lagi menjadi juara untuk Karnival Sukan kolej Antarabangsa IKIP 2009 yang berlangsung dengan jayanya walaupun penuh kontroversi.

omongan kosong bahawa mereka gagal mempertahankan kejuaraan lalu sememangnya meleset kerana mereka menggondol gelaran juara bagi 4 sukan yang dipertandingkan iaitu...

Bola Tampar Wanita,Sepak Takraw, bola Sepak dan Bola Jaring.

Terima Kasih

Tuesday, March 10, 2009

KAMI INSAN BIASA.

to tengku : aku bukan nak kutuk belakang... aku hanya sampaikan apa yang korang cakap dan aku menulis. sape kata aku kutuk belakang... aku dah jumpa pun ayahanda tercinta kau tu. so, aku nak settle secara baek. aku menulis hanya untuk melepaskan geram . Malah, aku bukan sahaja mewakilkan KITA tapi urusetia lain yang meminta menyediakan buletin kita yang ada SEMUA masalah yang dihadapi petugas.Aku tahu aku ni bukan baik sangat. tetapi, aku hanya menyediakan blog untuk platform MENULIS secara bebas.

kita kene faham istilah ' kebebasan media'. malah blog aku bukan mengutuk... tetapi.. mungkin bahasa yang ditulis Kasar dan berbaur kurang ajar...tetapi blog ini ditulis untuk SEMUA. nak tengok blog lain yang lebih teruk?? banyak lagi...malah ditulis oleh orang media...kenpa? diorang tak bebas!

salam,
aku insan biasa.maafkan aku.
am

CONTEST MENAMAKAN MAJALAH KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

PERTANDINGAN MENAMAKAN MAJALAH BARU KOLEJ ANTARABANGSA IKIP


TERBUKA KEPADA SEMUA.


HADIAH : LUMAYAN


SYARAT : NAMA MESTILAH BERBENTUK KOMERSIAL DAN TIDAK ADA MAJALAH YANG SAMA NAMA.
PREFER BAHASA MELAYU.

NAMA SEBELUM INI : I-KONTACT

selamat menyambut maulidur rasul

asssalamualaikum.. pertama kali saya ucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1430 hijrah. maulidur rasul, adalah hari keputeraan baginda Rasullullah S.A.W. sama-sama kita hayati maulid nabi ini.. insyaallah

Monday, March 9, 2009

majalah kontroversi


kenal sape?
lu fikirlah sendiri...elok x kalau kuar neh??wawa

Sunday, March 8, 2009

Sakit Hati

SAKIT HATI .

itulah yang sepatutnya dinyatakan dalam hati KAMI mengenai pengurusan di Kolej Antarabangsa IKIP.

Malam Penutup Karnival Sukan Kolej Antarabangsa IKIP berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran pelajar melebihi kouta .

tapi malangnya, pada malam itu jugalah, KAMI terkena... kebanyakan dari KAMI sangat terasa dengan seorang pegawai kolej yang sememangnya dikenali ramai.

KAMI diminta untuk 'berpusing' dewan dan tempat duduk untuk MEDIA takde...(kami berfikir adakah patut KAMI dilayan seperti ini???sepatutnya malam ni lah nak meraikan 'orang yang bertuga' dengan penat selama 2 minggu Karnival ini berlangsung! tapi TIDAK!)

takpe lagi... kemudian.. bila time makan, kami takde makanan... orang TARIAN dapat plak makan...malah ada makanan untuk diorang..KAMI kesal...

Pengajaran buat semua.

SALAM,
KAMI@NewsRoom

Sunday, March 1, 2009

INILAH dia...




Ayahanda *****

Thursday, February 26, 2009

KARNIVAL SUKAN IKIP - Hari Pertama.

assalamualaikum..KAMI buat kerja kitorang pada hari pertama kitowang buat liputan ttg KARNIVAL SUKAN IKIP INTERNATIONAL COLLEGE. Pada awalnya ada masalah jugak lah antara AM dengan TENGKU ... Yelah, mungkin sebab AM kena ikut pergi BAKTISISWA kat Bukit Goh, KUANTAN ... tapi, sampai2 kitowang dah OK dah...tengok FUTSAL, ramai jugak yang datang...ramai muka yang KAMI x berapa nak kenal...

Then kitowang mula berbincang ramai2.. bersama adik IRYANA JUAINI, WITA dengan YANIE....wawa...Eh, ZETTY pun ada gak.. Then kita bagi lah kumpulan untuk cover beberapa sukan yang kat IKIP 5. Bila tengok baik..terpaksa berkejar jugak lah!...

Tetibe 'ayahanda tersayang'kitowang ada lah... Then KAMI menyuruh AM untuk berbincang mengenai SPECIALITY untuk KAMI...kita tanya untuk MAKAN...dia setuju untuk makan RM25 seorang untuk 3 hari cover.
KAMI mintak transport khas untuk KAMI bergerak ke sana ke sini, akan tetapi...tak dapat becoz tranzport IKIP pum x cukup.
WHATEVER lah kan...

Lastly AM pergi mintak untuk 'bilik media'..boleh orang tua tu ckap " Korang ni demand lebih2..urusetia pum x dapat pe2, kalu susah2 sgt saya bincang dengan Puan Zimah ( MADAM TERSAYANG KAMI) lah pasal korang ni..KAMI buat sendirik pun xpe"
Pe masalah orang tua tuh ha???ingat bagus sangat ker...orang len pun ada perasaan gak k...pergi lah mam***! Ingat KAMI ni haper? KULI..dah lah keje nak arahkan orang jer...ingat SEMUA orang di sekeliling dia tuh suka dye??
Please K!
papepun..esok AM akan cerita lagi pasal menda neh..sedih sebenarnya...ingat KAMI ni takde perasaan ker cakap macam tuh?
To orang yang terasa tuh! mintak maaf lah yer..saper makan CILI dia lah yang rasa PEDAS.. sendirik mau ingat!
Cuba korang berda kat tempat KAMI pe kowang raser erk?...PANAS gak lah..

Nak CRY pun ada gak AM ni..Kami kesian dengan PUAN ZIMAH sebenarnya..kesian dia..semua kerja dia buat..jadi KAMI bantu lah mana yang boleh..
SAYANG PUAN ZIMAH.

KAMI NEWS ROOM

Wednesday, February 25, 2009

GOOD LUCK

KAMI budak DEL sem 3 mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada para peserta dan Kontinjen Karnival Sukan Kolej Antarabangsa IKIP 2009.


Siapakah bakal merebut gelaran JUARA pada kali ini?


Adakah kontinjen staff lagi seperti Karnival Sukan yang lalu?


Sama-sama kita meriahkan!

pelancaran blog KAMI . KAMU . DIA

hai!
salam sejahtera semua! thanks lah korang sebab bukak page nih!
ini merupakan hasil kerja bersama budak2 kewartawanan kolej antarabangsa ikip.
sajer2 jer nak buat blog sebab kita orang ada news room so tak tahu pulak nk buat apa kan.
kalau korang nak tahu, KAMI merujuk kepada YANNA, MUNIRA, IZZAH, AM, FARA, FIZA dan WAN TENGKU.

budakdel